Razer Blade Studio Edition Diumumkan Dengan Skrin 4K Dan Quadro RTX

Razer Blade Studio Edition Diumumkan Dengan Skrin 4K Dan Quadro RTX

Diterbitkan pada Mei 28, 2019 oleh .

Bila bercakap mengenai komputer riba keluaran Razer, ia lebih sinonim dengan peminat permainan video tegar. Di Computex semalam. mereka telah mengumumkan Razer Blade Studio Edition yang mensasarkan golongan profesional yang memerlukan komputer riba untuk tugasan seperti menyunting video.

Dua model dihasilkan iaitu Razer Blade 15 Studio Edition dan Razer Blade Pro 16 Studio Edition. Pada model Razer Blade 15 Studio Edition, skrin 4K OLED dengan sokongan sesentuh dipadankan dengan cip Intel Core i7-9750H dan grafik NVIDIA Quadro RTX 5000.

Pada model Razer Blade Pro 17 Studio Edition, skrin 4K dengan kadar segar semula 120Hz dipadankan dengan cip Intel Core i9-9880H dan grafik NVIDIA Quadro RTX 5000.

Pilihan memori sehingga 32GB RAM ditawarkan dan juga storan 1TB of NVMe. Bagi yang berminat kedua-dua model profesional ini akan ditawarkan pada penghujung tahun dan harga jualan masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN