Dengan ketiadaan bicu audio, pengguna iPhone telah mula membiasakan diri hidup dengan penyesuai atau aksesori audio bluetooth. Tetapi sistem sokongan audio bluetooth pada peranti iOS adalah terhad jika dibandingkan dengan yang digunakan pada Android. Menurut laporan Mac Otakara, iPhone kelak akan menyokong tambatan dua aksesori audio serentak.
Kemampuan seakan Dual Audio pada peranti Samsung ini membolehkan satu tambatan pada sistem audio kereta misalnya dan satu lagi kepada AirPods untuk melakukan panggilan telefon ketika memandu., iPhone semasa menyokong penstriman audio kepada dua aksesori audio (seperti Home Pod) menerusi sistem AirPlay 2 dan bukannya bluetooth. Ini memerlukan aksesori yang menyokong sistem yang dibangunkan sendiri oleh Apple.