Berita baik bagi pengguna HTC U11 kerana kemas kini ke Android Pie selepas penantian yang agak lama. Buat masa ini kemak sini Android Pie sebesar 1.36GB telah diberikan kepada pengguna di Taiwan terlebih dahulu dengan pengguna di negara lain akan menerimanya secara berperingkat.
Selain menerima sistem operasi Android 9 Pie, ia juga membawakan penambahbaikan kepada sistem serta membuang Google+ dari skrin BlinkFeed. Hanya beberapa minggu yang lalu HTC memberikan tarikh bilakah kemas kini ke Android Pie akan diberikan kepada beberapa peranti mercu keluaran mereka. Selain HTC U11. hanya U11+ dan U12+ akan menerima Pie pada bulan Jun. Pemberian Android Pie ini adalah amat lewat dari janji 90 hari yang pernah dikeluarkan HTC suatu ketika dahulu.