Seorang Pembangun Memperlihatkan Pelancar Mod Desktop Untuk Kegunaan Android Q

Seorang Pembangun Memperlihatkan Pelancar Mod Desktop Untuk Kegunaan Android Q

Diterbitkan pada Mei 28, 2019 oleh .

Android Q telah sedia membenarkan pengguna menguji mod desktop, namun antaramukanya kelihatan ringkas dan asas. Untuk menambah baik antaramuka mod ini, salah seorang pembangun telah memperlihatkan pelancar yang bakal boleh digunakan bersama-sama Android Q.

Pelancar ini dibangunkan oleh Daniel Blandford dengan memperlihatkan mod desktop bersama paparan seumpama menu Start. Ia juga hadir dengan taskbar dan status bar, yang mana membolehkan pengguna melihat jam, notifikasi, bateri, sambungan, dan mengawal pelarasan suara.

Demo yang diperlihatkan ini kelihatan sangat baik kerana ia menyajikan sejumlah fungsi desktop asas. Namun begitu, pembangun ini menyatakan ia hanya sekadar padangan awal untuk membuktikan mod ini boleh diperkemaskan lagi.

Dengan adanya demo pelancar ini, pengguna mungkin dapat membayangkan bagaimana fungsi ini bakal diintegrasikan dengan pelancar pihak ketiga. Sekiranya ia dapat dilaksanakan, telefon pintar pengguna dapat diperluaskan untuk menjadi sebuah perkakasan desktop alternatif.



TIPS & ULASAN