Cari @ Amanz

Saban tahun kelajuan cip pemproses peranti mudah alih semakin meningkat dan kini hampir menandingi cip yang digunakan pada komputer riba. Di Computex ARM telah mengumumkan cip generasi terbaru mereka Cortex-A77 dan juga GPU Mali-G77 untuk kegunaan peranti pintar tahun hadapan.

Cortex-A77 membawakan peningkatan kuasa memproses sehingga 20% berbanding Cortex-A76 yang ditemui pada Snapdragon 855 sebelum ini. GPU Mali-G77 pula membawakan peningkatan sebanyak 40% berbanding Mali-G76 tetapi mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 30%. Senibina baharu Valhall digunakan pada GPU terkini mereka ini. Ia juga mampu memberikan peningkatan kuasa pembelajaran mesin sehingga 60%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd