Pengguna Galaxy S10 Melaporkan Masalah Selepas Melakukan Kemas Kini Bulan Mei

Pengguna Galaxy S10 Melaporkan Masalah Selepas Melakukan Kemas Kini Bulan Mei

Diterbitkan pada Mei 28, 2019 oleh .

Kemas kini perisian sepatutnya menampal kerentanan dan menyelesaikan masalah pepijat yang dilaporkan pengguna. Tetapi sebilangan pengguna Galaxy S10. S1+ da S10e mula melaporkan masalah peranti tidak berfungsi dengan sempurna selepas melakukan kemas kini XXU1ASE5 yang diterima seminggu lalu bagi memperbaiki mod malam  dan tampalan sekuriti bulan Mei.

Pengguna Twitter dan Nova Launcher mengatakan peranti tersekat sehingga tidak responsif pasca kemas kini. Menekan butang kuasa pula tidak memaparkan skrin untuk mematikan peranti dan pengimbas cap jari juga tidak berfungsi. Ini berlaku secara rawak beberapa kali sehari pada peranti yang menggunakan cip Exynos seperti yang dijual di pasaran Malaysia. Tetapan semula peranti tidak menyelesaikan masalah buat masa ini. Pihak Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.


TIPS & ULASAN