Cari @ Amanz

DXOMark memperkenalkan segmen khusus untuk kemampuan kamera swafoto peranti sejak Januari tahun ini. Takhta peranti dengan kamera hadapan terbaik kini telah berpindah ke Asus Zenfone 6 yang menerima 98 markah. Ini adalah satu markah lebih tinggi berbanding yang dicatatkan oleh Samsung Galaxy S10 5G sebelum ini.

Menurut DXOMark, 101 markah diberikan kepada kemampuan menangkap gambar dan 93 markah diberikan kepada kemampuan merakam video. Pujian diberikan pada gambar yang tajam, sistem memfokus yang baik, penghasilan tona kulit dan kesan bokeh yang tepat. Kekurangan terdapat pada kesan mata merah apabila flash digunakan dan kesukaran memfokus bokeh dalam situasi pencahayaan yang rendah.

Asus Zenfone 6 ialah peranti dengan sistem kamera belakang yang berputar ke hadapan untuk mod swafoto. Peranti lain yang menggunakan sistem ini ialah Samsung Galaxy A80 yang masih belum diuji oleh DXOMark.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd