ShopBack: Pengguna Malaysia Lebih Gemar Membuat Pesanan Makanan Atas-Talian Sepanjang Ramadan

ShopBack: Pengguna Malaysia Lebih Gemar Membuat Pesanan Makanan Atas-Talian Sepanjang Ramadan

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

ShopBack Malaysia telah berkongsi pemerhatian mereka ke atas penggunaan laman dan aplikasi bersempena Ramadan tahun ini. Pemerhatian ini menunjukkan angka tersebut telah meningkat sebanyak 5 kali ganda berbanding tahun lalu – terutamanya yang melibatkan kategori makanan.

Untuk makluman anda, ShopBack adalah laman yang memberi pulangan tunai bagi setiap pembelian barangan pada beberapa laman e-dagang tempatan. Penggunaan laman ini dilihat lebih memberikan penjimatan kepada pengguna untuk berbelanja pada amaun yang banyak. ShopBack kini mempunyai hampir 2 juta pembeli Malaysia dan telah memberikan ganjaran hampir RM30 juta kepada pengguna aktif mereka.

Peningkatan jumlah ini didorong atas permintaan yang tinggi pada kategori Makan dan Hidangan. Di mana pada kategori terbabit ia meningkat sebanyak 60% pada suku pertama 2019 berbanding suku keempat 2018. Malah, peningkatan pada aliran permintaan ini dilihat meningkat disebabkan pengguna cenderung untuk membuat pesanan seawal jam 4 petang. Jangkaan permintaan ini akan berterusan sehingga akhir Ramadan ini.

Antara platform makanan yang menjadi pilihan pengguna adalah Foodpanda, Eatigo, Delivereat dan Smartbite. Platform ini turut menyediakan tawaran sebanyak 9% rebat tunai pada laman rasmi dan aplikasi ShopBack. Pengguna boleh menyemak kembali pulangan tunai mereka dalam tempoh 48 jam selepas membuat sebarang pembelian.

Selain kategori makanan, ShopBack turut merangkumi pelbagai kategori lain seperti ZALORA, Nike, AliExpress, Lazada dan banyak lagi. Turut dijangkakan sebanyak RM2 juta akan diberikan dalam tempoh bulan Ramadan ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari pada pautan di bawah.

Layari: ShopBack MY


TIPS & ULASAN