Celcom Tawar Promosi Beli Satu, Percuma Satu Untuk Huawei P30 Bersempena Hari Raya

Celcom Tawar Promosi Beli Satu, Percuma Satu Untuk Huawei P30 Bersempena Hari Raya

Diterbitkan pada Mei 28, 2019 oleh .

Celcom sering hadir dengan beberapa promosi penawaran peranti menarik. Terkini, bersempena dengan Hari Raya, Celcom telah mula menawarkan beberapa peranti dengan promosi menarik dibawah pakej mereka.

Huawei P30 Celcom


Salah satu promosi yang ditawarkan adalah penawaran Huawei P30 – dimana pengguna boleh mendapatkan satu Huawei P30, dan mendapatkan Huawei P30 kedua secara percuma melalui langganan pakej Celcom.

Untuk mendapatkannya, pengguna perlu melanggan pakej Celcom Mobile Platinum Plus selama 24 bulan, pada harga RM188 sebulan — selain turut menambah talian kedua pada harga langganan RM48 sebulan. Seterusnya, pengguna turut perlu mengeluarkan RM1999 untuk mendapatkan Huawei P30 pertama, dan seterusnya menerima Huawei P30 kedua secara percuma.

Selain daripada Huawei P30, pihak Celcom turut menawarkan beberapa peranti lain dengan pakej khusus bersempena hari Raya ini melalui promosi yang dinamakan Celcom sebagai Gaya Raya.

Layari : Huawei P30 Beli Satu, Percuma Satu


TIPS & ULASAN