Carian
Intel Mengumumkan Cip Intel Core Generasi Ke-10
May 28, 2019 Aman

Intel hari ini pada acara Computex 2019 mengambil peluang untuk memperkenalkan cip pemprosesan generasi baru mereka, iaitu Intel Core Generasi ke-10. Cip generasi baru ini dibangunkan menggunakan rekaan 10-nanometer, dan ditawarkan dalam variasi antara Core i3 hingga ke Core i7.

Untuk peringkat permulaan, cip ini ditawarkan untuk peranti dengan rekaan dua-dalam-satu terlebih dahulu.

Intel Core Gen-10

Intel mengatakan cip Intel Core Generasi 10 ini merupakan cip pertama yang hadir memfokuskan kepada penawaran prestasi AI yang tinggi pada komputer riba, selain mana ia turut menyertakan sokongan grafik yang lebih baik melalui Intel Iris Plus berasaskan binaan grafik Gen11. Intel mengatakan ia menawarkan sokongan visual dan grafik berganda berbanding sebelum ini, selain sokongan kebolehan menonton video 4K HDR, serta permainan FPS yang lebih pantas. Penawaran ini sekaligus turut akan memudahkan tugasan penyuntingan dilakukan dengan mudah pada komputer pengguna – termasuk Adobe Premiere dan sebagainya.

Intel Core Gen 10

Intel Core Gen 10

Disamping itu, cip generasi ke-10 ini juga turut menawarkan sokongan Thunderbolt 3 dan WiFi 6 yang diintegrasikan – sekaligus menawarkan pemindahan data lebih pantas menggunakannya.

Secara keseluruhan, penawaran ini sekaligus membolehkan komputer riba dengan rekaan nipis menawarkan prestasi lebih berkuasa berbanding kebiasaan. Intel turut menyasarkan untuk memperkenalkan cip Intel Core Generasi Ke-10 ini untuk peranti lain termasuk desktop tidak lama lagi.

Komen