Dell XPS 13 2-dalam-1 Dikemaskini Dengan Cip Intel Core Gen-10

Dell XPS 13 2-dalam-1 Dikemaskini Dengan Cip Intel Core Gen-10

Diterbitkan pada Mei 28, 2019 oleh .

Dell hari ini mengambil pentas utama di Computex 2019, dan telah memperkenalkan beberapa kemaskini untuk produk mereka, termasuk Dell XPS 13 2-dalam-1.

Dell XPS 13 2-dalam-1

Dell XPS 13 2-dalam-1 hadir dengan rekaan menggunakan skrin 13.4-inci InfinityEdge pada nisbah 16:10, menawarkan rekaan nirbingkai, dan hadir menggunakan cip pemprosesan Intel terbaru, iaitu Intel Core Generasi ke-10 dibawah siri-U.

Dell XPS 13 2-dalam-1 ini turut hadir menggunakan papan kekunci bersaiz lebih besar, dan ruangan toucpad lebih luas. Dell mengatakan ia menggunakan teknologi papan kekunci Maglev Key, sekaligus menawarkan pengalaman menaip yang lebih baik.

Dell XPS 13 2-dalam-1

Selain daripada itu, dari segi rekaan, ia turut menerima sedikit perubahan dari segi kedudukan webcam, dimana kini ia diposisikan pada bahagian atas skrin – lebih kurang sama seperti model Dell XPS 13 sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Dell XPS 13 2-dalam-1 ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN