Ujian Facebook Terragraph Akan Diadakan Di Cyberjaya

Ujian Facebook Terragraph Akan Diadakan Di Cyberjaya

Diterbitkan pada Mei 28, 2019 oleh .

Dalam perkongsian perancangan Facebook Malaysia, mereka turut mengumumkan perkembangan terkini Facebook Terragraph. Facebook Terragraph merupakan inisiatif sambungan internet berkelajuan tinggi dan dijalankan dengan kerjasama penyedia internet tempatan.

Jika beberapa bulan lepas ujian Facebook Terragraph telahpun diadakan di Georgetown Pulau Pinang, ujian seterusnya adalah di Cyberjaya Selangor. Jika di Pulau Pinang ujian Terragraph dijalankan dengan kerjasama YTL, tiada sebarang maklumat berkenaan pihak penyedia yang akan menguji sambungan ini di Cyberjaya.

Facebook Terragraph

Facebook Terragraph menggunakan geliombang 60Hz dan mampu memberikan sambungan internet selaju 1Gbps kepada pengguna, dan ia menggunakan jumlah tenaga yang kecil, berkadaran dengan sebuah lampu LED. Malah ia tidak memerlukan infrastruktur yang besar, memudahkan kawasan-kawasan baru diwujudkan. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai kawasan lain yang akan diuji namun boleh dikatakan Facebook tampak agak berminat dalam membawakan Terragraph ke lebih banyak lagi kawasan.


TIPS & ULASAN