MSI GE65 Raider Diperlihatkan – Komputer Riba Gaming Dengan Spesifikasi Terbaru Yang Berkuasa
MSI

MSI GE65 Raider Diperlihatkan – Komputer Riba Gaming Dengan Spesifikasi Terbaru Yang Berkuasa

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Disamping komputer riba gergasi MSI GT76 yang diperkenalkan di acara Computex baru-baru ini, MSI turut menunjukkan sebuah lagi komputer riba gaming baru bagi mereka yang masih inginkan sesuatu dengan spesifikasi berkuasa, tetapi rekaan yang lebih biasa.

MSI GE65 Raider ialah sebuah komputer riba dengan rekaan biasa, tetapi dilengkapi dengan spesifikasi dalaman yang membuatkannya sebuah peranti gaming yang berkuasa.

Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-9750H yang baru, mempunyai sokongan untuk memori DDR4 sehingga 64GB dan mempunyai storan SSD PCIe sebesar 512GB dan mampu memuatkan sebuah cakera keras bergantung kepada keperluan anda.

Dari segi pilihan kad grafik pula, pengguna diberi pilihan untuk mendapatkan model dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 2070. Ia juga mempunyai paparan 15.6 inci dengan resolusi Full HD, dan bergantung kepada model yang dibeli, ia juga mempunyai kadar segar semula 240Hz yang menjanjikan pengalaman gaming yang lancar.

MSI Malaysia mengatakan bahawa MSI GE65 Raider ini akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Julai kelak, dan akan hadir dengan beberapa spesifikasi pengguna-pengguna yang mempunyai keperluan yang berbeza.


TIPS & ULASAN