HP Mengemaskini Komputer Realiti Maya Boleh Galas Dengan Grafik NVIDIA RTX 2080
HP

HP Mengemaskini Komputer Realiti Maya Boleh Galas Dengan Grafik NVIDIA RTX 2080

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Dua tahun yang lalu HP OMEN X Compact Desktop dilancarkan. Ia adalah sebuah komputer boleh sandang yang digunakan untuk menyelami dunia realiti maya. Di Computex 2019, HP VR Backpack G2 telah dilancarkan dan ia adalah model kemas kini dengan cip serta kad grafik baharu.

HP VR Backpack G2 mengekalkan rekaan yang sama tetapi kini dijana cip Intel Core i7 generasi kelapan dan kad grafik NVIDIA RTX 2080. Ini memberikan peningkatan kuasa pemproses sehingga 30% dan peningkatan memproses grafik sehingga 25%. Apabila tidak disandang ia boleh diletakkan pada dermaga khas yang membolehkannya berfungsi seperti sebuah komputer desktop. HP VR Backpack G2 akan dijual bermula Julai pada harga $3299 (~RM13837).


TIPS & ULASAN