Menyahkunci bootloader adalah satu langkah penting sebelum pengguna dapat melakukan pemasangan custom ROM dan recovery. Namun apabila anda melakukannya perkara ini pada OnePlus 7 Pro, ia akan menyebabkan pengguna tidak dapat memainkan kandungan HD di Netflix.
Apabila bootloader dinyahkunci pada OnePlus 7 Pro, peranti ini tidak dapat lagi menyajikan pengesahan Widevine L1. Bermakna, ia akan menggunakan Widevine L3, yang mana Netflix hanya dapat memainkan kandungan dalam resolusi 480p.
Untuk makluman, Netflix dan sejumlah perkhidmatan penstriman menggunakan teknologi DRM yang dikenali sebagai Widevine, yang mana ia mempunyai lapisan sekuriti yang berbeza. Untuk membolehkan pengguna memainkan kandungan HD 720p pada Netflix, sesebuah peranti tersebut mestilah mempunyai peringkat sekuriti “L1”.
Perkara ini pastinya agak sedikit mengejutkan, memandangkan peranti OnePlus sering digunakan untuk kegunaan kustomasi. Buat masa ini, OnePlus tidak mengeluarkan sebarang komen dan tindakan lanjut mengenai isu ini.