Carian
Huawei Akan Memfailkan Usul Mahkamah Menentang Halangan Amerika Syarikat
May 29, 2019 Aman

Huawei hari ini mengumumkan yang mana mereka akan memfailkan usul mahkamah untuk meminta “summary judgment” yang membuatkan halangan terhadap peralatan Huawei diisytiharkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Sebelum ini, Huawei telah diletakkan di senarai halangan perdaganan membuatkan akses terhadap sejumlah teknologi dihalang. Ini sekaligus melibatkan perdagangan antara pihak Huawei dengan pelbagai syarikat di Amerika Syarikat seperti Google, Qualcomm, Microsoft, ARM dan sebagainya.

Huawei mengatakan yang mana kerajaan Amerika Syarikat tidak menyediakan sebarang bahan bukti mengatakan Huawei adalah ancaman kepada sekuriti. Menambah lagi, Huawei turut mengatakan langkah ini juga turut membawa kepada duluan yang berbahaya dalam sistem perundangan. Hari ini ia mungkin memberikan impak kepada industri telekomunikasi, dan pada masa akan datang mungkin industri lain.

Huawei turut menambah, mengatakan halangan ini akan memberikan impak terhadap perkembagan ekonomi dan teknologi di Amerika Syarikat – selain menghalang persaingan yang membawa kepada inovasi dan juga harga yang lebih kompetetif.

Komen