Jabra Elite Active 45e & Move Style Edition Kini Ditawarkan Di Malaysia

Jabra Elite Active 45e & Move Style Edition Kini Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Selain dari pengumuman Jabra Elite 85h untuk pasaran tempatan, Jabra turut mengumumkan dua lagi model baru yang tersedia untuk pengguna. Model-model ini dikhususkan untuk pengguna aktif iaitu Jabra Elite Active 45e, dan juga kemaskini untuk siri terdahulu iaitu Jabra Move Style Edition.

Jabra Elite Active 45e merupakan model terbaru dalam siri Elite, yang memfokuskan kepada kawalan pembantu maya. Pengguna boleh mengaktifkan Siri, Google Assistant mahupun Alexa dan sejajar dengan namanya Active, ia mempunyai kadar ketahanan IP67 yang kalis air peluh dan debu dan mempunyai jaminan selama 2 tahun.

Jabra Move Style Edition pula merupakan kemaskini dari siri Move, dan mengekalkan rekaan yang sama namun dengan bateri yang bertahan lebih lama. Jika sebelum ini ia mampu bertahan secara berterusan selama 8 jam, untuk edisi kemaskini ini ia mampu bertahan 14 jam.

Jabra Elite Active 45e turut menyertakan aksesori penyangkut telinga Earhook dan Earwing dan dijual pada harga RM 379 manakala Jabra Move Style Edition pula dijual pada harga RM 419 yang hadir pada tiga pilihan warna iaitu emas, hitam dan biru. Kedua-dua model ini boleh didapat di pengedar rasmi Jabra seperti All IT Hypermarket, Harvey Norman dan banyak lagi di seluruh Malaysia.


TIPS & ULASAN