HP Elite X2 G4 Dan EliteBook x360 Hadir Dengan Papan Kekunci Kulit Serta Bateri Bertahan 24 Jam
Artikel Berkaitan
HP

HP Elite X2 G4 Dan EliteBook x360 Hadir Dengan Papan Kekunci Kulit Serta Bateri Bertahan 24 Jam

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Tahun lalu HP Spectre Folio diperlihatkan dengan kemasan yang diperbuat daripada kulit. Semalam HP Elite X2 G4 telah dilancarkan dengan rekaan yang sama. Ia adalah komputer riba dengan papan kekunci kulit boleh tanggal pertama yang direka khas untuk pengguna perniagaan.

Ia hadir dengan skrin 12.3″- 13″ beresolusi sehingga 3000×200 pixel, dijana cip Intel Core i7-8665U vPro, memori sehingga 16GB dan storan sehingga 2TB.Walaupun mempunyai rekaan nipis sebuah tablet, Elite X2 G4 masih dilengkapi dwikamera infra merah untuk sistem pengenalan wajah lengkap dengan penutup lensa fizikal.

Ia turut ditawarkan dengan sistem Privacy Screen yang menghalang skrin dibaca oleh insan ketiga dari sudut tertentu. Dengan papan kekunci yang mempunyai kemasan kulit ini, HP berharap ia akan kelihatan selari dengan fesyen pengguna korporat.

Bagi mereka yang memerlukan komputer riba dengan rekaan lebih tradisional pula, HP EliteBook x360 1040 G6 ditawarkan dengan skrin 14″ 4K dan keterangan mencecah 1000 nits. Ia dijana cip Intel Core i7-8665U vPro, memori sehingga 32GB dan storan sehingga 2TB. Menurut HP komputer riba 2 dalam 1 ini mampu digunakan sehingga 24 jam dengan sekali caj.

HP EliteBook x360 1030 G4 pula ditawarkan dengan skrin 13.3″ 4K dan keterangan mencecah 1000 nits. Ia dijana cip Intel Core i7-8665U vPro , memori sehingga 16GB dan storan sehingga 2TB. Menurut HP, komputer riba 2 dalam 1 ini mampu digunakan sehingga 24 jam dengan sekali caj sama seperti X360 1040 G6.

HP Elite X2 G4 akan dilancarkan pada bulan Ogos dengan harga bermula $1500 (~RM 6293). HP EliteBook x360 1040 G6 dan 1030 G4 pula akan dijual bermula Julai pada harga $1,500 (~RM 6293) dan $1,450 (~RM 6083) sebuah


TIPS & ULASAN