Xiaomi Melancarkan Berus Gigi Elektrik Dengan Skrin Sesentuh Terbina

Xiaomi Melancarkan Berus Gigi Elektrik Dengan Skrin Sesentuh Terbina

Diterbitkan pada Mei 29, 2019 oleh .

Huami adalah syarikat yang majoritinya dipegang oleh Xiaomi. Huami adalah syarikat yang memfokuskan peranti boleh pakai, contohnya adalah siri Amazfit. Antara yang terkenal adalah Amazfit Bip, Amazfit Verge dan juga Amazfit Strato.

Huami pula mempunyai pegangan terhadap satu syarikat berus gigi, Oclean. Terkini, Huami dan Oclean telah hadir dengan satu berus gigi elektrik baharu yang lain daripada yang lain.

Tiada lagi nama buat berus gigi elektrik terbaru mereka. Tetapi keunikan terhadap berus gigi ini adalah, ia mempunyai skrin sesentuh dan dikatakan adalah yang pertama dalam dunia. Dengan kehadiran skrin sesentuh ini, pengguna lebih mudah untuk pantau bateri berus gigi, melihat tahap kebersihan gigi dan juga jadual memberus gigi. Sebelum ini, berus-berus gigi elektrik Oclean perlu bergantung kepada aplikasi. Jadi dengan ada skrin terbina, ia lebih mudah dan efisen untuk pengguna.

Dengan aplikasi itu tadi juga, pengguna boleh lihat butiran analisa pembersihan gigi. Skrin sesentuh pada berus gigi ini adalah mirip dengan Mi Band 3, cuma skrinnya mempunyai warna. Kemudian, turut  kelihatan adalah berus gigi Oclean edisi Avengers. Buat masa ini, ia belum lagi dilancarkan – tetapi ia akan hadir ke pasaran China tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN