Huawei Kini Disenaraikan Kembali Di Dalam SD Association Dan Wi-Fi Alliance

Huawei Kini Disenaraikan Kembali Di Dalam SD Association Dan Wi-Fi Alliance

Diterbitkan pada Mei 30, 2019 oleh .

Huawei pada sebelum ini telah dikeluarkan daripada sejumlah badan perkakasan akibat daripada sekatan perdagangan Amerika Syarikat. Kini, mereka kini disenaraikan kembali di dalam dua badan perkakasan utama iaitu SD Association dan Wi-Fi Alliance.

Dengan perletakkan Huawei di dalam SD Association, ia membolehkan mereka menggunakan teknologi storan kad SD pada peranti keluaran mereka akan datang. Walaupun Huawei sedia mempunyai teknologi “NM Card”, mereka masih memerlukan teknologi storan SD kerana kad storan ini lebih ditawarkan pada harga berpatutan.

Begitu juga dengan kemasukan kembali ke Wi-Fi Alliance, peranti Huawei baru selepas ini juga dapat terus menggunakan teknologi Wi-Fi sedia ada dan akan datang. Wi-Fi merupakan teknologi perhubungan yang sangat penting kerana ia sedia digunakan secara meluas pada peranti pintar ketika saat ini.

Selain daripada kedua-dua badan perkakasan ini, Huawei juga telah disenaraikan kembali di dalam JEDEC – iaitu sebuah badan organisasi yang terlibat di dalam perdagangan dan kejuruteraan semikonduktor.



TIPS & ULASAN