T-Series Kini Disahkan Akaun YouTube Pertama Dengan 100 Juta Langganan
Nazrin
T-Series ialah sebuah label muzik yang terkenal di India, dan juga boleh dikatakan salah sebuah saluran YouTube dengan peningkatan angka langganan yang paling pantas di dunia.
T-Series sebelum ini dilihat bersaing dengan Pewdiepie untuk saluran YouTube yang terbanyak di dunia, tetapi selepas beberapa bulan, T-Series nampaknya telah jauh meninggalkan Pewdiepie di tempat kedua.
World’s biggest YouTube Channel, T-Series has achieved another YouTube milestone by being the first one to cross an astonishing #100MillionSubscribers.
Thank you for being part of our journey. T-Series – Making India Proud. 🇮🇳@itsBhushanKumar #bharatwinsyoutube pic.twitter.com/s5Haz0bBT4— TSeries (@TSeries) May 29, 2019
T-Series juga nampaknya baru sahaja mengumumkan bahawa mereka adalah saluran YouTube pertama di dunia yang mempunyai jumlah langganan sebanyak 100 juta pengguna.
Congratulations to @TSeries for reaching 100M subscribers! 🎉 pic.twitter.com/6kHopm2GAZ
— YouTube (@YouTube) May 30, 2019
Perkara ini disahkan sendiri oleh YouTube yang juga mengucapkan tahniah kepada T-Series diatas kejayaan tersebut.