Ducky Memperkenalkan Papan Kekunci Mekanikal Padat “Year Of The Pig”

Ducky Memperkenalkan Papan Kekunci Mekanikal Padat “Year Of The Pig”

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Saban tahun, di acara Computex Taipei, jenama papan kekunci terkenal Ducky akan memperkenalkan papan kekunci edisi terhad berdasarkan binatang Tahun Baru Cina, dan tahun ini merupakan tahun khinzir didalam kalendar Cina.

Bersempena dengan itu, Ducky telah memperkenalkan papan kekunci edisi terhad “Year of The Pig”, dimana mereka menggunakan papan kekunci Ducky One Mini 2 SF dan memperkenalkan rekaan berdasarkan seni dan motif suku Paiwan, yang merupakan suku asal negara Taiwan.

Rekaan-rekaan yang diperlihatkan termasuklah rekaan simbol yang melambangkan budaya dan identiti mereka. Ducky telah bekerjasama dengan artis dan tukang logam Kulele Ruladen untuk mencipta papan kekunci dengan rekaan unik ini.

Ia dikatakan bahawa babi hutan diturunkan oleh tuhan orang Paiwan untuk mengajar mereka mengenai keberanian dan ketangkasan, dan motif tersebut dapat dilihat pada bahagian belakang papan kekunci ini.

Ducky turut mengatakan bahawa hanya 2000 papan kekunci ini akan dicipta dan dijual di beberapa pasaran sahaja di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN