OPPO Memperkenalkan Reno Z – Hadir Dengan Skrin OLED, Helio P90, Kamera 48MP, Dan Bateri 4035 mAh

OPPO Memperkenalkan Reno Z – Hadir Dengan Skrin OLED, Helio P90, Kamera 48MP, Dan Bateri 4035 mAh

Diterbitkan pada Mei 31, 2019 oleh .

OPPO pada sebelum ini baru sahaja melancarkan OPPO Reno dan OPPO Reno 10x Zoom, dan kini mereka telah hadir dengan sebuah lagi peranti baru di bawah siri ini. Untuk itu, OPPO telah melancarkan OPPO Reno Z dengan penawaran yang lebih berpatutan.

OPPO Reno Z telah didatangkan dengan skrin sebesar 6.4-inci OLED Full HD+ bersama sokongan HDR 10 dan penyertaan pengimbas cap jari di bawah skrin. Ia juga hadir dengan cip MediaTek Helio P90, memori 6GB RAM, dan storan dalaman setinggi 256GB.

Dari segi keupayaan kamera, ia menyertakan sokongan dwi-kamera, melalui padanan sensor 48MP Sony IMX586 bersama sensor 5MP. Ia juga menyertakan kamera hadapan 32MP pada bahagian takuk di atas skrin untuk kebolehan swafoto.

Dari segi kapasiti bateri, OPPO Reno Z telah didatangkan dengan kapasiti bateri 4,035 mAh dan boleh dicas secara pantas melalui pengecasan VOOC 3.0. Ia juga menjalankan ColorOS 6.0 yang dijalankan bersama sistem operasi Android 9.0 Pie.

Dari segi jualan, OPPO Reno Z telah ditawarkan pada harga 2,499 Yuan (~RM1,518.75) bagi variasi 6GB RAM dan 256GB. Ia akan ditawarkan di pasaran China bermula 6 Jun ini, namun tidak diketahui sama ada ia akan dijual untuk pasaran tempatan kelak.



TIPS & ULASAN