Cari @ Amanz

Awal bulan ini, Google telah memperkenalkan ‘Popular Dishes’ pada Google Maps. Di mana ia membantu pengguna yang buntu memilih makanan yang diingini. Fungsi tidak mustahil kerana Google mengumpul data daripada pengguna-pengguna yang mengambil gambar dengan lokasi diaktifkan dan ulasan mengenai restoran berkenaan.

Terkini, bahagian ‘Menu’ ini telah dikemaskini. Ia bukan sahaja memaparkan makanan yang digemari orang ramai, tetapi kini ia terus memaparkan menu pesanan restoran tersebut berserta dengan harga. Walau bagaimanapun, di Malaysia tidak banyak restoran yang menyertakan menu mereka pada Google Maps.

Fungsi ini buat masa ini adalah terhad buat pengguna Android. Pengguna iOS hanya boeh menikmati fungsi ini dalam masa beberapa bulan lagi. Untuk gunakan fungsi ini, anda perlu muat turun aplikasi Google Maps yang terkini. Tetapi bagi mereka yang bertuah, ia akan hadir dari bahagian pelayan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd