Samsung Hadir Dengan Kempen iChanged – Menawarkan Promosi Untuk Tukar-Beli Galaxy S10

Samsung Hadir Dengan Kempen iChanged – Menawarkan Promosi Untuk Tukar-Beli Galaxy S10

Diterbitkan pada Mei 31, 2019 oleh .

Samsung Malaysia hari ini telah hadir dengan kempen promosi terbaru mereka dalam mengalakkan lebih ramai menggunakan peranti keluaran mereka, dinamakan sebagai iChanged.

Melalui kempen terbaru ini, Samsung Malaysia mengalakkan pengguna beralih ke peranti Samsung dan menikmati pelbagai ciri-ciri pintar menarik, termasuk rakaman gambar yang cantik, penawaran masa penggunaan bateri lama, selain khidmat sokongan menyeluruh tanpa sebarang kerisauan.

Selari dengannya juga, Samsung menyediakan dua promosi khas.

Yang pertama, untuk tukar-beli sebarang peranti pengguna kepada Galaxy S10, anda akan menerima sebuah Galaxy Buds bernilai RM499 secara percuma.

Selain daripada itu, untuk pembeli yang membeli Galaxy S10 pula, anda akan menerima sebuah Galaxy Fit-e bernilai RM139 secara percuma.

Samsung Malaysia mengadakan promosi ini daripada 31 Mei 2019 sehingga 31 Julai 2019 kelak.

Layari : iChanged


TIPS & ULASAN