Payung Dengan Kipas Dan Penyembur Air Dihasilkan Untuk Musim Panas Melampau

Diterbitkan pada Mei 31, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dunia semakin panas kerana kegagalan manusia untuk menjaga amanah yang diberikan oleh tuhan. Di negara kita misalnya, cuaca yang panas adalah lumrah yang mengakibatkan ramai tidak mahu meninggalkan rumah. Walaupun berpayung, bahang mentari masih boleh dirasai. Oleh itu di Jepun sebuah payung dengan kipas serta penyembur air telah dilancarkan.

Payung Fanbrella ini dilancarkan sempena musim panas di Jepun yang boleh mencapai suhu 41°C. Kipas di bahagian dalam payung akan berputar bagi memastikan pengguna akan sentiasa sejuk. Jika ini masih tidak membantu, air boleh disembur apabila botol air plastik biasa disambung pada bahagian tangkai pemegang. Semburan dilakukan secara manual oleh pengguna manakala kipas bergerak menggunakan kuasa bateri. Payung Fanbreall dijual di Jepun pada harga Yen 5980 (~RM230).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami