Cari @ Amanz

Umum mengetahui, generasi muda pada ketika ini telah keterhadapan dengan dunia teknologi. Maka, tanpa sedar mereka telah terdedah akan ancaman atas talian. Perihal ini dilihat amat membimbangkan kerana mampu menggugat keselamatan individu.

Oleh itu, Google Malaysia hari ini telah mengadakan bengkel Guardians of the Interwebz bersama pelajar Fakulti Komunikasi Perhubungan Awam, Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR UC). Terdapat 4 elemen utama yang ditekankan oleh Google dalam kempen ini. Ia adalah langkah keselamatan, privasi individu, family link dan penerimaan maklumat salah.

Melalui kempen ini, Google ingin berkongsikan kepentingan berkenaan perlindungan keselamatan pada Pemeriksaan Keselamatan. Sistem ini membantu para pengguna untuk menyemak tetapan yang pada data individu sama ada ia tidak akan dicerobohi dan terjejas. Pelajar juga turut didedahkan tentang kaedah yang tepat dalam memeriksa data peribadi mereka. Di mana mereka perlu memastikan kata laluan yang dibina adalah kuat dan perlu melalui pengesahan 2 langkah (P2F).

Malah, Google juga turut menyarankan langkah keselamatan yang terbaik adalah dengan memuat turun sumber yang selamat. Seterusnya sentiasa mengemaskini sistem operasi pada aplikasi Google anda, supaya dapat mengesan kelemahan yang ada pada sistem keselamatan anda.

Apa yang menarik, bengkel ini merupakan kerjasama Google bersama pelajar Tahun 2 sebagai salah satu tugasan akademik mereka. Menerusi tugasan ini mereka akan menggunakan saluran media Google untuk membuat penyelidikan, struktur kandungan media dan menguruskan data atas talian menjadi lebih efektif.

Adanya platform sedemikian, dapat membantu para pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menguar-uarkan kempen ini. Di samping, dapat mempraktikkan penggunaan sistem keselamatan yang telah diwujudkan oleh Google.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd