Ini Adalah Kenapa Huawei Menerima Sokongan Daripada Malaysia

Ini Adalah Kenapa Huawei Menerima Sokongan Daripada Malaysia

Diterbitkan pada June 4, 2019 oleh .

Pada minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengatakan yang mana Malaysia akan menggunakan teknologi Huawei seberapa banyak yang boleh. Langkah ini sekaligus memperlihatkan yang mana Malaysia menyokong penuh Huawei, apatah lagi dengan pelbagai teknologi terkini yang dibawakan oleh syarikat gergasi berkenaan.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa spekulasi yang turut mengatakan telefon mercu Huawei untuk tahun 2019, iaitu Huawei P30 menerima permintaan yang tinggi dikalangan pengguna tempatan – sekaligus menunjukkan sokongan daripada pengguna tempatan terhadap produk Huawei walaupun ia menerima halangan perdagangan di Amerika Syarikat.

Perkara ini semestinya membuatkan ramai lagi pihak yang masih tertanya-tanya kenapa Huawei menerima sokongan menyeluruh daripada pemimpin dari Malaysia, mahupun pengguna awam. Pada artikel kali ini, kita melihat kepada sejumlah sebab disebaliknya.

Kenapa Tun Dr Mahathir Menyokong Huawei?

Tun M Future Asia

Pada acara Future Asia yang diadakan minggu lepas, Tun Dr Mahathir mengatakan yang mana keupayaan dan akses kepada kajian yang dilakukan oleh Huawei adalah jauh lebih besar daripada kajian yang dilakukan seluruh Malaysia. Disebabkan oleh itu, Malaysia menyatakan pendirian akan menggunakan teknologi Huawei seberapa banyak yang boleh.

Langkah ini sekaligus memperlihatkan keupayaan dan inovasi teknologi yang dibawakan oleh Huawei menjadi sebab utama dalam Malaysia menyokong Huawei.

Huawei Menjadi Antara Pengeluar Terawal Yang Menghasilkan Teknologi 5G

Mahathir 5G Mate X

Antara inovasi yang berjaya dihasilkan dan mendapat perhatian orang ramai adalah inovasi kepada teknologi 5G. Malah Tun Dr. Mahathir juga turut menunjukkan minatnya kepada teknologi 5G Huawei ini. Ketika demo rangkaian 5G Malaysia yang diadakan tempoh hari, Tun Dr Mahathir turut menggunakan Huawei Mate 20X 5G untuk membuat panggilan 5G pertama di Malaysia baru baru ini.

Dengan kejayaan membuat panggilan 5G pertama di Malaysia ini, ia sekaligus menunjukkan bahawa jenama Huawei berkebolehan untuk menghasilkan teknologi terbaru dan berjaya lebih awal berbanding pelbagai syarikat teknologi lain. Malah, Huawei sendiri telah menandatangani lebih 40 perjanjian perniagaan di pelbagai negara dalam membangunkan teknologi 5G ini.

Produk Yang Menerajui Piawaian Industri Teknologi

Dari segi teknologi, ia boleh dikatakan Huawei menerajui arena teknologi dalam membawakan pelbagai inovasi baru ke pasaran. Beberapa bulan lepas, Huawei telah memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka tersendiri dinamakan Huawei Mate X. Selain daripada itu, komputer riba MateBook mereka turut menerima pujian pelbagai pihak seluruh dunia – apatah lagi dengan ciri baru seperti kamera tersembunyi dan juga keupayaan pemindahan fail melalui sokongan One Hop yang pantas dan memudahkan pengguna.

Huawei Mate X

Beli : Huawei P30 Pro

Beli : Huawei Matebook 13


Dengan pelbagai perkara ini, mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa yang membuatkan pengguna masih yakin dengan Huawei?

Kecemerlangan Produk Huawei

Huawei P30 Pro

Huawei sering hadir dengan pelbagai produk cemerlang yang memukau hati pengguna. Huawei P30 sendiri sedia hadir dengan bukan sahaja sokongan zum sehingga 50x, tetapi juga dengan kebolehan rakaman pada keadaan cahaya malap yang sangat baik, selain ciri-ciri menarik seperti Dual-View Video.

Disamping itu, ia turut menyertakan rekaan yang sangat menarik bersama-sama pilihan warna yang memukau hati. Ini sekaligus membawa kepada kelebihan produk Huawei sendiri yang berjaya mencuri hati ramai pengguna tempatan.

Huawei Sentiasa Bersedia – Pelanggan Tidak Perlu Risau

Persengketaan perdagangan di Amerika Syarikat tiada sebarang kesan terhadap produk sedia ada Huawei dipasaran pada hari ini. Selain daripada itu, Huawei juga dilihat bersedia dan mempunyai pelan alternatif mereka tersendiri terhadap situasi semasa. Apa pun, buat masa ini, ia dilihat Google telah kembali menyenaraikan Huawei Mate 20 Pro dibawah program ujian Android Q semula.

Sering Mengutamakan Pengguna Dengan Khidmat Pelanggan Cemerlang

Sebarang jenama atau syarikat yang mengutamakan pelanggan bukan sahaja menawarkan produk yang baik, tetapi turut menyediakan khidmat pelanggan yang cemerlang. Walaupun melalui pelbagai tekanan dari Amerika Syarikat, Huawei masih kekal mengutamakan pelanggan dan menyediakan pelbagai promosi dan aktiviti semasa untuk pelanggan tempatan.

Buat masa ini, Huawei menyediakan aktiviti bulanan seperti Huawei Service Day yang menawarkan kemudahan untuk pengguna menyemak dan mengemaskini pelbagai produk mereka. Program ini sendiri telah diperluaskan kepada sehingga 11 pusat khidmat pelanggan buat masa ini.

Layari : Laman Perkhidmatan Pengguna Huawei


Dengan situasi halangan perdagangan di Amerika Syarikat, Huawei sedia memperlihatkan keupayaan mereka untuk mengatasi perkara berkenaan. Malah, Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka menyatakan sokongan untuk menyokong dan mempercayai teknologi yang dibawakan oleh Huawei.

Huawei sendiri percaya yang mana mereka bukan sahaja mengutamakan penawaran teknologi, tetapi turut memahami apakah yang diperlukan oleh pelanggan, dan bagaimana mereka boleh memenuhi kehendak pelanggan.

Apa pun, sekiranya anda berminat dengan produk Huawei, anda boleh mencubanya di kedai-kedai Huawei berdekatan dengan anda, yang sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kedatangan anda. Hadiri dan cuba sendiri pelbagai inovasi dan teknologi baru yang dibawakan oleh Huawei.

Ini adalah advertorial daripada Huawei.


TIPS & ULASAN