Carian
Spotify Menguji Fungsi ‘Social Listening’ Membolehkan Muzik Distrim Bersama Rakan
June 1, 2019 Effi Saharudin

Setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, kami mendengar muzik dari Spotify. Muzik yang dimainkan adalah kombinasi pilihan sendiri dan juga isteri. Tetapi untuk melakukan pilihan lagu, peranti perlu diserahkan kepada isteri. Di masa hadapan ini terdapat cara lebih mudah bakal diperkenalkan menerusi fungsi Social Listening.

Fungsi ini ditemui oleh Jane Manchun di dalam binaan terkini aplikasi Android. Menerusi Social Listening, sebuah senarai main bersama boleh dihasilkan dengan menjemput teman untuk menambah muzik pilihan ke dalamnya. Ini amat berguna ketika mendengar muzik di pejabat atau ketika majlis keraian. Rakan boleh dijemput masuk ke dalam senarai main ini menerusi kod yang terpapar pada skrin peranti.

Buat masa ini Social Listening hanya diuji di kalangan kakitangan Spotify dan pihak mereka tidak mengesahkan sama ada ia akan diaktifkan kepada kesemua pengguna buat masa ini.

Komen