Carian
Kerangka Avengers Turut Dilancarkan Untuk Samsung Galaxy A40, A50, A70
June 1, 2019 Effi Saharudin

Demam Avengers Endgame masih belum surut dengan filem blokbuster ini semakin hampir memintas jumlah kutipan tiket filem Avatar. Bagi peminat tegar yang menyukai filem ini pada tahap 3000, kerangka rasmi bertemakan Marvel’s Avengers turut telah dihasilkan untuk Samsung Galaxy A50, A50 dan A70.

Empat rekaan kerangka dengan tema Avengers, Captain America, Iron-Man, dan Spider-Man telah dihasilkan. Rekaannya lebih pelbagai berbanding kerangka Avengers percuma yang diberikan kepada pembeli Galaxy S10 dan S10+ di Malaysia pada bulan Mac yang lalu. Setakat ini ia hanya ditawarkan kepada pengguna di Belanda dan Filipina sahaja.

Komen