Cari @ Amanz

Sejak seminggu dua ini, kita telah melihat pelbagai reaksi berbeza daripada syarikat-syarikat seluruh dunia, lanjutan daripada pihak Amerika Syarikat yang menyenarai-hitamkan Huawei, sekaligus membuatkan pelbagai syarikat di Amerika Syarikat tidak boleh berurusan dengan Huawei dari segi jualan teknologi dan sebagainya.

Kini, lanjutan daripadanya, persengketaan antara Amerika Syarikat dan China dari segi perdagangan dilihat mungkin berterusan. Melalui laporan terbaru, ia dikatakan China akan turut hadir dengan “senarai entiti” tersendiri.

Senarai berkenaan akan menyertakan pelbagai firma dan organisasi atau individu yang tidak mematuhi peraturan pasaran, tidak mengikuti kontrak perjanjian, atau menghalang serta menghentikan penawaran kepada perusahaan di China disebabkan bukan sebab komersil. Syarikat-syarikat berkaitan akan disenaraikan dibawah senarai “entiti yang tidak boleh diharap”.

Buat masa ini, perlaksanaannya masih belum diumumkan secara rasminya — dan tidak diketahui lagi bagaimanakah impak berkenaan kepada pelbagai produk dipasaran, terutamanya gajet dan peranti mudah-alih. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd