Cari @ Amanz

Digital Wellbeing diperkenalkan pada Android Pie untuk membenarkan pengguna mengawal cara penggunaan peranti. Contohnya mengurangkan diri yang mempunyai obsesi diri terhadap penggunaan peranti, ataupun memberi privasi kepada pengguna. Di dalam Digital Wellbing terdapat satu fungsi yang bernama ‘Wind Down‘, yang mana membenarkan pengguna menjeda aplikasi yang kerap digunakan, menjadikan skrin peranti kepada warna hitam/putih dan beberapa ciri lain lagi.

Gambar Dari Android Police

Baru-baru ini, Google telah mengemaskini fungsi ‘Wind Down‘ ini. Kemaskini ini membenarkan pengguna menjadualkan pengaktifan fungsi ini mengikut hari. Sebelum ini ia hanya boleh diaktifkan mengikut masa sahaja. Dengan kemampuan menjadualkan fungsi ini, pengguna yang menggunakan peranti yang mempunyai sokongan Digital Wellbeing – boleh menetapkan fungsi ini secara lebih mendalam. Dengan itu, privasi dan ‘kesihatan digital‘ adalah lebih terjaga.

Bagi pengguna Pixel, atau peranti Android One yang sudah mempunyai Digital Wellebing – anda boleh semak Google Play Store untuk kemaskini aplikasi ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd