Amerika Syarikat Kini Meminta Maklumat Akaun Media Sosial Untuk Permohonan Visa

Amerika Syarikat Kini Meminta Maklumat Akaun Media Sosial Untuk Permohonan Visa

Diterbitkan pada June 2, 2019 oleh .

Seperti ramai sedia maklum, untuk ke Amerika Syarikat, rakyat tempatan perlu membuat permohonan visa terlebih dahulu yang memberi kebenaran anda memasuki negara berkenaan. Sehingga kini, beberapa maklumat biasa diminta adalah seperti negara yang pernah dilawati, dan tujuan untuk melawat Amerika Syarikat.

Namun, bergerak kehadapan, ia dilihat Amerika Syarikat akan meminta beberapa maklumat tambahan. Melalui laporan AP, ia dikatakan kini Amerika Syarikat memerlukan semua pemohon visa untuk turut menghantar maklumat akaun media sosial seperti nama pengguna, alamat emel terdahulu dan nombor telefon.

Sebelum ini sendiri, Amerika Syarikat sedia meminta maklumat berkenaan – tetapi untuk beberapa pemohon tertentu sahaja sebagai langkah tambahan sebelum memberikan visa pelawat.

Ia dikatakan dengan keperluan tambahan ini, ia sekaligus memudahkan lagi mereka mengenal-pasti pihak-pihak tertentu – sekaligus meningkatkan lagi kadar sekuriti dalam negara mereka.


TIPS & ULASAN