Aplikasi Microsoft Office Tidak Akan Disokong Pada Android Lollipop Dan Ke Bawah Bermula 1 Julai 2019

Aplikasi Microsoft Office Tidak Akan Disokong Pada Android Lollipop Dan Ke Bawah Bermula 1 Julai 2019

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Microsoft sedia menawarkan Microsoft Office kepada peranti mudah-alih dalam memudahkan pengguna menyunting fail dokumen ketika bergerak. Namun pada hari ini, Microsoft telah menyenaraikan beberapa sistem operasi yang bakal ditamatkan untuk sokongan Microsoft Office ini.

Melalui halaman keperluan sistem terkini, Microsoft Office akan disokong pada 4 versi Android sahaja selepas 1 Julai, iaitu Android Marshmallow, Nougat, Oreo, dan Pie. Bermakna selepas daripada tarikh ini, pengguna Android Lollipop dan ke bawah tidak dapat menerima kemaskini Microsoft Office yang terkini.

Walau bagaimanapun, pengguna Android KitKat dan Lollipop masih berpeluang untuk menerima kemaskini Microsoft Office secara berterusan sehingga bulan Jun ini. Selepas 1 Julai, pengguna boleh terus menggunakan Microsoft Office, namun tiada kemaskini yang akan diberikan untuk fungsi baru dan perlindungan sekuriti.

Menurut halaman penggunaan Android daripada Google, Android 4.4 KitKat dan Android 5 Lollipop mempunyai penggunaan sekitar 21.4%, dan dijangka akan terus menurun dalam tempoh terdekat. Jadi bagi pengguna yang ingin menikmati pengalaman Microsoft Office terkini, pengguna disarankan untuk beralih ke peranti Android yang sekurang-kurangnya menjalankan Android Marshmallow dan ke atas.


TIPS & ULASAN