Apple Menerajui Pasaran Peranti Boleh-Pakai Pada Suku Pertama 2019

Apple Menerajui Pasaran Peranti Boleh-Pakai Pada Suku Pertama 2019

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

IDC telah mengeluarkan statistik terkini bagi segmen peranti boleh-pakai (wearable) bagi suku pertama 2019. Ia memperlihatkan Apple masih mendahului di tangga teratas dengan pegangan pasaran sebanyak 25.8%.

Apple telah menjual sebanyak 12.8 juta unit produk bagi segmen peranti boleh-pakai sepanjang suku pertama 2019. Peranti boleh-pakai ini merangkumi produk seperti Apple Watch, AirPods, dan sejumlah aksesori audio berjenama Beats. Berbanding suku pertama 2018, Apple telah menjual sebanyak 8.6 juta unit produk, sekaligus mencatatkan pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 49.5%.

Sementara itu, Xiaomi dan Huawei masih antara pesaing terdekat bagi Apple, yang mana masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 6.6 juta dan 5 juta unit pada suku pertama 2019. Manakala bagi Samsung dan Fitbit, kedua-dua mereka bersaing bagi tempat ke-empat dan kelima, yang mana masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 4.3 juta unit dan 2.9 juta unit.

Dengan pegangan pasaran peranti boleh-pakai yang kukuh daripada Apple, ia memberi penerimaan yang positif bagi produk seperti Apple Watch, AirPods, dan aksesori audio Beats. Ia sekaligus membuatkan Apple akan terus mengeluarkan peranti baru untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam segmen peranti boleh-pakai ini.


TIPS & ULASAN