Cari @ Amanz

Peranti keluaran Samsung pada waktu ini hanya mempunyai sokongan pengecasan pantas sehingga 25W sahaja. Aneh sekali ia dihadkan pada beberapa peranti sahaja seperti Galaxy S10 5G dan Galaxy A80. Pada Galaxy Note 10 kelak ini mungkin berubah dengan sokongan pengecasan pantas 45W.

Ini adalah menurut imej acah Leonardo Da Vinci, ikon pengecasan dan nombor 101101 yang ditiriskan oleh Ice Universe hujung minggu lalu. Nombor binari 101101 adalah bersamaan dengan 45 dalam sistem bilangan desimal. Peranti Galaxy Note 10 pula menggunakan kod nama Da Vinci oleh Samsung.

Sudah tiba masanya sistem pengecasan pantas disokong pada peranti mercu Samsung. Galaxy Note 9 tahun lalu hanya menyokong pengecasan dengan kuasa maksimum 15W. Ini adalah perlahan jika dibandingkan dengan pengecasan 40W pada Huawei Mate 20 Pro yang merupakan pesaing terdekatnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd