Cari @ Amanz

Oppo Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo A1K. Ia hadir dengan spesifikasi rendah-pertengahan, dan menawarkan ciri-ciri asas telefon pintar melaluinya.

Oppo A1K

Dari segi spesifikasi, Oppo A1K hadir dengan skrin 6.1-inci, dijana cip MediaTekMT6762, memori 2GB RAM dan storan 32GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 8-megapixel, selain kamera hadapan 5-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 4000mAh.

Berbeza dengan beberapa peranti diluar sana, Oppo A1K tidak menyertakan pengimbas cap jari, selain mana ia hadir menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Oppo A1K ini daripada pengedar Oppo Malaysia berdekatan pada harga RM499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd