Panasonic LUMIX S1H Dilancarkan – Kamera Nircermin Dengan Sokongan Rakaman Video 6K

Panasonic LUMIX S1H Dilancarkan – Kamera Nircermin Dengan Sokongan Rakaman Video 6K

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Kamera nircermin dengan kemampuan rakaman 4K semakin banyak dipasarkan. Malahan ketiadaan sokongan rakaman UHD ini dianggap sebagai kekurangan memandangkan resolusi HD penuh sudah agak ketinggalan zaman. Panasonic LUMIX S1H telah dilancarkan hujung minggu lalu sebagai kamera digital nircermin lensa boleh tukar pertama dengan sokongan rakaman sehingga resolusi 6K.

Rakaman 6K 24FPS ini diambil pada nisbah 3:2. Bagi yang memerlukan rakaman 16:9, resolusi dikurangkan ke 5.9K 30FPS. Pada waktu yang sama LUMIX S1H adalah kamera digital bingkai penuh dengan lensa boleh tukar pertama yang menyokong rakaman 4K 10-bit 60FPS. Kamera ini direka khas untuk rakaman video. Ia boleh merakan video tanpa sebarang had masa. Lensa yang disokong pula adalah yang menggunakan cagak L-Mount.

Tiada maklumat mengenai saiz sensor dikongsi tetapi hadir dengan dua slot untuk kad SQD+SD, skrin 3.2″ pada panel belakang, EVF OLED. port USB-C, HDMI, bicu audio 3.5mm, bicu mikrofon dan bateri sebesar 3100 mAh. Panasonic LUMIX S1H akan mula dijual bermula musim luruh namun harga masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN