Penonton Sukan Olimpik Tokyo Dilarang Memuat Naik Gambar Dan Menstrim Video Ke Akaun Media Sosial

Penonton Sukan Olimpik Tokyo Dilarang Memuat Naik Gambar Dan Menstrim Video Ke Akaun Media Sosial

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak akan menjadi yang paling berteknologi tinggi di dunia. Ia yang pertama adan ditayangkan pada resolusi 8K, menggunakan robot untuk membantu penonton dan pingat yang dikitar semula dari sisi elektronik. Tetapi ia nampaknya akan menjadi Sukan Olimpik yang paling tidak mesra media sosial dalam sejarah.

Menurut laporan SoraNews24, syarat dikenakan ke atas pemegang tiket ke pelbagai acara sukan yang bakal berlangsung telah dimuat naik ke laman rasmi Olimpik 2020. Pemegang tiket ke pelbagai acara Olimpik 2020 dibenarkan mengambil gambar dan video asalnya ia hanya untuk kegunaan peribadi. Mereka walau bagaimanapun tidak dibenarkan memuat naik gambar dan video ke media sosial peribadi tanpa kebenaran dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Sebarang penstriman langsung juga dilarang sama sekali.

Hak intelek kesemua kandungan yang diambil walaupun tidak dimuat naik akan dipegang oleh IOC dan bukan pengguna yang mengambilnya. Langkah yang diambil ini adalah agak ekstrem kerana tidak pernah dikenakan ke atas pemegang tiket acara sukan berprestij yang berlangsung sebelum ini.


TIPS & ULASAN