Telegram Dikemaskini Dengan Kawalan Privasi Lebih Terperinci Dan Mengesan Akaun Pembohong

Telegram Dikemaskini Dengan Kawalan Privasi Lebih Terperinci Dan Mengesan Akaun Pembohong

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Aplikasi pemesejan Telegram baru sahaja dikemaskini dengan penambahbaikan dari segi kawalan privasi serta pengesanan akaun yang mungkin terlibat dengan aktiviti pembohongan. Pertama sekali pengguna kini boleh mengawal kumpulan manakah yang boleh melihat nombor telefon mereka. Nombor telefon mungkin ingin dikongsi di dalam kumpulan untuk pejabat tetapi tidak untuk kumpulan lain misalnya.

Telegram kini akan memaparkan label SCAM pada akaun yang mungkin terlibat dalam aktiviti pembohongan selepas dilaporkan oleh pengguna lain. Ini dapat mengelakkan anda menjadi mangsa pelbagai skrim penipuan atas talian yang semakin tular.

Pengguna juga boleh mengakses kepada saluran telegram terbuka menggunakan laman web walaupun mereka tidak mempunyai akaun telegram. Integrasi bot yang lebih mendalam juga kini diperkenalkan.

Pada versi iOS, Telegram akan memaparkan imej kerdil untuk fail PDF yang dikongsi. Ini menggantikan imej generik yang dipaparkan sebelum ini.  Pengguna iOS juga boleh berkongsi pautan pendek untuk laman web bagi memudahkan perkongsian menggunakan teks yang lebih pendek.

Pada versi Android pula beberapa rekaan semula antaramuka carian mesej dan menambah individu ke dalam kumpulam diperkenalkan. Paparan baharu untuk mengubah tema juga dilakukan.


TIPS & ULASAN