Huawei Dijangka Akan Melancarkan Maimang 8 (Mate 30 Lite) Pada 5 Jun Ini

Huawei Dijangka Akan Melancarkan Maimang 8 (Mate 30 Lite) Pada 5 Jun Ini

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Walaupun Huawei kini sedang diasak oleh sekatan daripada Amerika Syarikat, mereka tetap terus untuk melancarkan peranti baru. Pada saat ini, mereka sedang dalam persiapan untuk melancarkan peranti Maimang 8 di China pada 5 Jun ini.

Tarikh pelancaran peranti ini diperlihatkan melalui poster yang tersebar, yang mana turut memperlihatkan spesifikasi yang bakal dibawa. Ia disahkan akan membawa paparan 6.21-inci dengan rekaan takuk seumpama titisan air pada bahagian atas skrin.

Ia dijangka akan hadir dengan memori 6GB RAM bersama storan dalaman 128GB secara terbina. Cip pemprosesannya masih tidak diketahui, namun dijangka akan menggunakan cip Kirin 710 seperti peranti kelas pertengahan Huawei yang lain.

Ia juga bakal dilengkapi dengan sistem tri-kamera 24MP + 16MP + 2MP, selain menyertakan pengimbas cap jari di bahagian belakang peranti. Walaupun sedang mengalami krisis perdagangan bersama A.S, peranti ini dilaporkan akan menjalankan EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

Maklumat dari segi jualannya masih tidak diumumkan, namun bakal diketahui selepas Huawei melancarkan Maimang 8 pada 5 Jun ini. Mengikut beberapa laporan, peranti ini mungkin akan dijenamakan sebagai Huawei Mate 30 Lite untuk beberapa pasaran antarabangsa.


TIPS & ULASAN