Touch n Go Akan Memperluaskan Pembayaran “Pay Direct” Ke Lebuhraya PLUS Dan Lain-Lain

Touch n Go Akan Memperluaskan Pembayaran “Pay Direct” Ke Lebuhraya PLUS Dan Lain-Lain

Diterbitkan pada June 3, 2019 oleh .

Touch ’n Go sebelum ini telah pun memperkenalkan pembayaran Pay Direct, dimana ia membolehkan tolakkan baki dilakukan terus ke akaun dompet digital TNG, dan bukannya pada kad. Langkah ini sekaligus memudahkan lagi proses tambah-nilai dan pengurusan, serta menyemak kembali pembayaran dengan mudah.

TnG DUKE

Buat masa ini, “Pay Direct” hanya disokong di lebuhraya sekitar Lembah Klang sahaja. Tetapi, melalui kemaskini terbaru pada aplikasi TNG, pihak Touch ’n Go menyatakan ia akan diperluaskan ke lebuhraya lain tidak lama lagi.

Melalui apa yang dikongsikan, sokongan “Pay Direct” dijangka diperluaskan ke lebuhraya PLUS, Elite, NKVE dan juga LEKAS.

Walaubagaimanapun, tarikh pengenalannya masih belum diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN