Carian
Celcom Membolehkan Anda Membayar Bil Pascabayar Menggunakan Kad Tambah-Nilai Prabayar
June 3, 2019 Aman

Celcom hari ini menambah satu lagi kaedah pembayaran baru untuk pengguna pelan pascabayar Celcom – iaitu menggunakan kad tambah-nilai prabayar yang boleh didapati dimana-mana dengan mudah.

Celcom mengatakan kaedah baru ini memberikan alternatif tambahan kepada pengguna pascabayar – dimana anda tidak lagi perlu ke Celcom Bluecube, atau secara atas-talian, sebaliknya boleh kemana-mana kedai yang menjual kad prabayar, dan membeli serta melangsaikan bil anda.

Celcom Pay Your Way

Melalui halaman komuniti Celcom, mereka menyatakan caj perkhidmatan sebanyak 5% akan dikenakan untuk pembayaran bil menggunakan kad tambah-nilai ini.

Bagi anda yang menggunakan talian pascabayar Celcom, mungkin boleh mencuba kaedah pembayaran baru ini sekiranya sukar berkunjung ke sesuatu pusat tertentu untuk melangsaikan pembayaran – sekaligus memastikan talian anda sentiasa aktif.

Komen