Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC, dimana mereka berkongsi pelbagai perkembangan baru dalam arena sistem operasi, termasuk menyentuh secara ringkas berkaitan sistem operasi memfokuskan AppleTV mereka, iaitu tvOS.

Apple tvOS kini hadir dengan antaramuka yang sedikit dikemaskini – yang mana seumpama Netflix, anda boleh pra-lihat sesuatu rancangan, selain turut melihat apakah rancangan seterusnya yang menarik. tvOS juga menyertakan sokongan multi-pengguna, sekaligus akan memperlihatkan cadangan yang disesuaikan untuk semua pengguna secara individu.

Disamping itu, tvOS juga kini menambah sokongan untuk alat kawalan permainan PlayStation dan juga Xbox. Kedua-dua alat kawalan permainan ini boleh digunakan bersama-sama Apple Arcade – iaitu perkhidmatan langganan permainan daripada Apple yang bakal dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.

Dengan langkah ini juga, ia dilihat Apple lebih mengambil berat dalam arena permainan berbanding sebelum ini – selain lebih terbuka untuk mengintegrasi sokongan pihak ketiga pada penawaran mereka.

tvOS generasi baru ini bakal ditawarkan kepada pengguna Apple TV seluruh dunia dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd