Apple Menambah Sokongan App Store Terus Pada watchOS

Apple Menambah Sokongan App Store Terus Pada watchOS

Diterbitkan pada June 4, 2019 oleh .

Sehingga kini, apabila anda ingin memasang aplikasi pada Apple Watch, anda perlu melalui kedai aplikasi pada skrin telefon pintar anda. Hal berkenaan kini berubah melalui watchOS generasi baru yang akan ditawarkan kepada umum dalam beberapa bulan lagi.

Apple hari ini mengumumkan watchOS generasi baru yang mana turut hadir dengan App Store yang beroperasi secara kendiri.

Apple watchOS

Melalui integrasi ini, anda boleh terus memasang aplikasi pada Apple Watch, dan turut melihat pelbagai penawaran baru pada skrin pada pergelangan tangan anda. Selain daripada itu, pembangun juga turut boleh menawarkan aplikasi yang didedikasikan untuk jam tangan pintar tanpa perlu mengintegrasikannya bersama iOS.

Bergerak kehadapan, kita mungkin akan melihat Apple Watch dapat beroperasi dengan lebih kendiri tanpa memerlukan iPhone untuk menggunakannya seperti pada hari ini.

Apple Watch

Bersama-sama pengumuman ini juga, Apple menambah beberapa aplikasi baru untuk watchOS, termasuk antaranya adalah kaklulator, buku audio, dan juga Voice Memo.



TIPS & ULASAN