Apple iOS 13 Diumumkan Dengan Fokus Terhadap Kepantasan, Tema Gelap

Apple iOS 13 Diumumkan Dengan Fokus Terhadap Kepantasan, Tema Gelap

Diterbitkan pada June 4, 2019 oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan sejumlah sistem operasi generasi akan datang mereka, dan semestinya yang mencuri perhatian ramai adalah sistem operasi memfokuskan telefon pintar iPhone, iaitu iOS.

Apple iOS 13 bakal ditawarkan dalam beberapa bulan lagi yang menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Apple iOS 13 dilihat memfokuskan kepada kepantasan berbanding generasi sebelumnya. Apple mengatakan kini ia mampu membuka aplikasi dua kali lebih pantas, selain pada masa yang sama membolehkan saiz aplikasi dikurangkan sehingga 50%. Apple turut mengatakan penggunaan Face ID beroperasi lebih 30% berbanding sebelumnya.

Apple iOS 13

Menjadi fokus utama juga pada sistem operasi generasi baru ini adalah penggunaan tema gelap. iOS 13 menyertakan sokongan tema gelap menyeluruh, sekaligus membolehkan anda lebih menjimatkan tenaga bateri sekiranya menggunakan peranti berasaskan skrin OLED – atau pada masa yang sama memberikan lebih keselesaan kepada mata anda.

Apple iOS 13

Apple iOS 13

Selain penawaran tema gelap, Apple turut memberikan sejumlah kemaskini untuk aplikasi dan ciri-ciri pada iOS 13. Antaranya adalah integrasi sokongan swipe pada papan kekunci untuk memudahkan input, penambahan ciri “Look Around” pada Apple Maps yang menawarkan ciri paparan gambar 360-darjah disesuatu lokasi seumpama Google Street View, selain sejumlah pembaharuan pada Memoji – termasuk kebolehan menjana Memoji Stickers untuk digunakan bersama-sama aplikasi permesejan.

Apple iOS 13

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi peranti-peranti yang akan menyokong iOS 13 ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini. Menjadi kebiasaan untuk Apple memperkenalkan kemaskini IOS baru untuk iPhone sekitar bulan September.


TIPS & ULASAN