Apple Memperkenalkan Ciri “Sign In With Apple” Dengan Fokus Terhadap Privasi

Apple Memperkenalkan Ciri “Sign In With Apple” Dengan Fokus Terhadap Privasi

Diterbitkan pada June 4, 2019 oleh .

Pada hari ini, kita sedia melihat penawaran sejumlah kemudahan untuk pendaftaran dan log masuk ke sesuatu aplikasi – termasuk menggunakan akaun Facebook, Twitter mahupun Google. Hari ini, Apple turut hadir dengan penawaran tersendiri melalui ciri “Sign In With Apple”.

Sign In With Apple

Dengan pengenalan ciri baru ini, ia sekaligus membolehkan para pembangun mengintegrasikannya pada aplikasi mereka – sementara untuk pengguna pula, ia memberikan lebih kemudahan dan kawalan privasi.

Apple mengatakan dengan integrasi ini, pengguna turut boleh menggunakan ciri Face ID pada iPhone untuk pengesahan.

Sign In With Apple

Selain daripada itu, sekiranya daftar ke sesuatu perkhidmatan, pengguna boleh menyembunyikan emel asal mereka, dan menggunakan alamat emel rawak yang dijana – sekaligus membolehkan perkhidmatan berkenaan tidak lagi menganggu emel utama anda apabila anda memilih untuk meninggalkan perkhidmatan berkenaan.

Kita mungkin akan dapat melihat integrasi butang “Sign In With Apple” ini pada sejumlah aplikasi dalam bulan-bulan akan datang.



TIPS & ULASAN