Carian
Selamat Tinggal iTunes – Aplikasi Music, Podcasts Dan TV Dilancarkan Untuk Mac
June 4, 2019 Aman

Apple pada acara WWDC yang diadakan hari ini, secara ringkasnya turut menyentuh mengenai penawaran iTunes mereka.

iTunes telah beroperasi sejak 18 tahun lepas, dimana ia menawarkan kemudahan setempat untuk sync peranti mudah-alih, selain akses kepada sejumlah kandungan seperti lagu, filem dan sebagainya.

Namun, ia berubah hari ini apabila Apple mengumumkan penamatannya. Sebaliknya, ia kini dibahagikan kepada sejumlah aplikasi mengikut penawaran kandungan masing-masing.

macOS Podcast

Seperti ramai sedia maklum, Apple kini beralih menjadi sebuah syarikat yang memfokuskan penawaran perkhidmatan. Dengan penyediaan aplikasi yang berasingan ini, ia akan memudahkan lagi pengguna mendapatkan kandungan yang diperlukan – selain pada masa yang sama meningkatkan lagi pendapatan Apple.

Antara aplikasi yang dilancarkan hari ini adalah Music, Podcasts dan juga TV – dimana, masing-masing menawarkan akses kepada kandungan lagu, audio dan juga video.

Untuk sync peranti pula, pengguna boleh menghubungkan ia seperti biasa ke komputer Mac, dan mengakses peranti mudah-alih mereka melalui Finder.

Komen