Cari @ Amanz

Bersama-sama pelbagai pengumuman perisian dan sistem operasi baru, pihak Apple turut berkongsi sejumlah perkara dalam memudahkan para pembangun hadir dengan aplikasi masing-masing.


Salah satu perkara baru yang turut diumumkan adalah Project Catalyst, yang mana ingin memudahkan para pembangun untuk mengubah aplikasi iOS mereka untuk dibawa ke macOS.

Project Catalyst

Untuk makluman, desas-desus berkaitan hal ini telah kedengaran sejak setahun dua kebelakangan ini, dan kini perkara berkenaan akhirnya disahkan oleh pihak Apple.

Dengan penawaran ini, ia sekaligus memudahkan lagi proses pembangunan aplikasi – dimana hanya satu pasukan pembangun diperlukan untuk membangunkan aplikasi iOS dan juga macOS. Sementara untuk pengguna pula, anda boleh menikmati lebih banyak aplikasi dengan penawaran selari pada peranti mudah-alih dan juga komputer.

Ketika pengumuman pihak Apple ini, Twitter turut berkongsi mengatakan kelak mereka akan memperkenalkan variasi aplikasi Twitter mereka untuk semua peranti melalui penggunaan Project Catalyst ini.

Kita juga mungkin melihat lebih banyak penawaran aplikasi hadir ke Mac lanjutan daripada pengumuman ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd