Pengumuman Mengenai Google Stadia Akan Dilakukan Pada 6 Jun Ini

Pengumuman Mengenai Google Stadia Akan Dilakukan Pada 6 Jun Ini

Diterbitkan pada June 4, 2019 oleh .

Selepas beberapa bulan diacah dan kami sendiri mencubanya di Google I/O baru-baru ini, pengumuman lebih lengkap mengenai Google Stadia akan dilakukan pada 6 Jun (7 Jun waktu Malaysia) ini. Pada acara Stadia Connect pertama maklumat mengenai tarikh pelancaran, harga langganan dan permainan yang akan disokong akan dikongsi.

Pengguna di Malaysia boleh menonton Stadia Connect menerusi penstriman langsung di YouTube. Setakat ini hanya alat kawalan Stadia Controller dan demo permainan Assassin’s Creed Odyssey sahaja telah diperlihatkan oleh Google. Dari pengalaman peribadi, ia sebuah perkhidmatan penstriman yang lancar digunakan. Tetapi persoalan yang perlu dijawab adakah Stadia akan dilancarkan di Malaysia ataupun tidak.



TIPS & ULASAN